Friday, 12 September 2014
Perkampungan Ilmu SMK Ayer Lanas
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas menganjurkan Perkampungan Ilmu bermula dari 12 September hingga 18 September 2014. Program ini dianjurkan sebagai persiapan pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan STPM.
Program yang dianjurkan oleh Panitia-panitia mata pelajaran serta jabatan-jabatan pra universiti ini lebih berfokus pada pendekatan coaching and mentoring bagi pelajar. Guru-guru mata pelajaran dari setiap panitia akan bertindak secara kolaboratif dalam memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar dalam setiap mata pelajaran.
Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang pada setiap hari.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment