smkalonline

smk ayer lanas | smkalonline@gmail.com

  • Home
  • Muat Turun
  • Mesyuarat
  • Siaran
  • PdP
  • Pilihan

Friday, 5 December 2014

Setahun telah berlalu,,,

No comments : Posted by Unknown at 09:27 Labels: peristiwa









tinggal kenangan
bagi mereka yang telah menamatkan
tahun-tahun persekolahan di sini
Read More

Wednesday, 1 October 2014

SMK Ayer Lanas tuan rumah SAINS On Wheel 2014

No comments : Posted by Unknown at 20:06 Labels: peristiwa
Pada 25 - 26 September 2014 bertempat di SMK Ayer Lanas telah berlangsung Program SAINS On Wheel anjuran Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota Bharu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Jeli. Program yang melibatkan semua sekolah menengah dalam daerah Jeli ini telah disertai oleh 200 orang pelajar.


Program SAINS (Science In Action Inspiring The Next Scientist) On Wheel di SMK Ayer Lanas merupakan siri ketiga dalam jelajah SAINS dkelolakan oleh UMK Kampus Kota Bharu.



Read More

Friday, 12 September 2014

Laporan Tahunan 2013 PPPM

No comments : Posted by Unknown at 15:39 Labels: muat turun


Laporan Tahunan PPPM 2013

Sila dapatkan salinan melalui muat turun ini

Untuk membaca secara online di bawah ini :



Inisiatif PPPM Capai Kejayaan Menggalakkan - Muhyiddin
Diterbitkan: Rabu, 18 Jun 2014 11:23 AM


BEBERAPA inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dan ada yang mencapai sebahagian daripada Penunjuk Prestasi Utama (KPI), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Contoh dua inisiatif yang dilaksanakan tahun lepas dan menunjukkan pencapaian baik ialah berkaitan dengan akses iaitu enrolmen prasekolah dan transformasi pendidikan vokasional.

Ketika membentangkan laporan tahunan 2013 PPPM, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, dua inisiatif berkaitan ekuiti juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan iaitu Program Transformasi Daerah dan Program Pendidikan Inklusif.




Beliau berkata, laporan tahunan PPPM merupakan dokumen penting yang perlu dirujuk untuk penambahbaikan tindakan terutama terhadap 25 inisiatif yang dilaksanakan tahun lepas.

"Apa pun pencapaiannnya, harus dijadikan panduan untuk kementerian merangka strategi dan pendekatan yang lebih baik," katanya pada majlis pelancaran laporan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1) di sini, Selasa.

Dari aspek kualiti yang diberi penekanan di peringkat ini, Muhyiddin berkata, enam inisiatif telah mencapai KPI iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Literasi dan Numerasi (LINUS), Profisiensi Guru Bahasa Inggeris (ProELT), Transformasi Institut Pendidikan Guru, Piagam Pemimpin Sekolah dan Saranan Ibu Bapa.

Selain itu, beliau berkata, dua inisiatif yang berkait dengan kecekapan iaitu Transformasi Kementerian dan Pembaikan Infrastruktur Asas turut mencapai KPI.

Beliau berkata, pada tahun lepas inisiatif menyentuh perpaduan iaitu Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) berjaya dilaksanakan.

Pada tahun lepas juga, enrolmen prasekolah yang dicapai berada pada 81.7 peratus (793,269 murid) daripada kanak-kanak berumur 4 dan 5 berbanding 80.05 peratus pada tahun 2012.

"Ini merupakan pencapaian yang menggalakkan dengan beberapa usaha kerajaan memberi pelbagai insentif seperti membuka sebanyak 8,883 kelas prasekolah pada tahun lepas bagi menampung 192,173 (24.2 peratus) murid.

"Kementerian yakin sekiranya kadar enrolmen murid di peringkat prasekolah diberi perhatian, kita mampu mencapai 100 peratus enrolmen merentas semua peringkat sekolah menjelang 2020," katanya.


Mengenai inisiatif Transformasi Pendidikan Vokasional, Muhyiddin berkata, perubahan dalam landskap struktur pendidikan negara dalam bidang ini menjadi pilihan utama murid serta ibu bapa sebagaimana amalan negara maju.

Bagi Program Transformasi Daerah, beliau berkata program yang dirintis ialah di Sabah dan Kedah untuk meningkatkan prestasi sekolah di samping merapatkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar.

Program rintis ini memperlihatkan keberhasilan signifikan apabila kadar peningkatan keputusan peperiksaan kebangsaan (UPSR,PMR,SPM) di kedua-dua negeri adalah yang tertinggi malah yang terbaik bagi kedua-dua negeri sejak 10 tahun lalu.

"Jurang pencapaian antara sekolah bandar-luar bandar di Sabah dan Kedah nampaknya semakin mengecil dan jauh lebih baik daripada purata bagi seluruh negara.

"Kejayaan ini amat membanggakan dan memberi kekuatan kepada kementerian untuk memperluas lagi Program Transformasi Daerah ini ke seluruh negara mulai tahun depan," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, pelaksanaan inisiatif PPPM 2013 telah memberi pengajaran dan pengalaman bagi kementerian untuk meningkatkan usaha.

Umpamanya kejayaan beberapa sekolah dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 yang setanding dengan pendidikan terbaik di dunia boleh dijadikan contoh bagi sekolah-sekolah lain untuk meningkatkan prestasi.

"Sokongan dan kerjasama daripada pihak berkepentingan khususnya para ibu bapa amat ditagih. Saya rasa amat bangga apabial dimaklumkan ada sekumpulan jurulatih dari kalangan ibu bapa yang secara ikhlas membantu kementerian untuk menarik sokongan ibu bapa lain untuk sama-sama mencapai kejayaan PPPM," katanya.

Muhyiddin berkata, matlamat PPPM seharusnya dipahat kemas dalam setiap sanubari warga pendidik agar semua senada dalam melaksanakan transformasi pendidikan.

"Saya menyeru semua barisan pemimpin baik di peringkat kementerian dan pihak berkepentingan agar menjadikan PPPM sebagai keutamaan, satu agenda dan satu impian," katanya.

mstar online
Read More

Modul Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Standard 4

No comments : Posted by Unknown at 11:57 Labels: muat turun


Modul Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Standard 4 sebagaimana ditaklimatkan oleh Pengetua  boleh di muat turun di sini.

Untuk membaca slide ppt  di bawah ini :

Terima Kasih.


Read More

Perkampungan Ilmu : Bahasa Inggeris PT3

No comments : Posted by Unknown at 11:24 Labels: PdP
Program Perkampungan Ilmu pada 12 September 2014 diisi dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris PT3.



Syabas dan tahniah Panitia Bahasa Inggeris
Read More

Perkampungan Ilmu SMK Ayer Lanas

No comments : Posted by Unknown at 10:41 Labels: PdP

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas menganjurkan Perkampungan Ilmu bermula dari 12 September hingga 18 September 2014. Program ini dianjurkan sebagai persiapan pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

Program yang dianjurkan oleh Panitia-panitia mata pelajaran serta jabatan-jabatan pra universiti ini lebih berfokus pada pendekatan coaching and mentoring bagi pelajar. Guru-guru mata pelajaran dari setiap panitia akan bertindak secara kolaboratif dalam memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar dalam setiap mata pelajaran.

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang pada setiap hari.


Read More

Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas 2014

No comments : Posted by Unknown at 10:04 Labels: peristiwa


Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas, Jeli telah diadakan pada 11 September 2014.  Yang Berhormat  Datuk Hj Abdul Aziz Hj Derashid, Pengerusi KESEDAR merangkap ADUN Kuala Balah telah merasmikan majlis tersebut  yang diadakan di Dewan Besar SMK Ayer Lanas. Berucap dalam majlis itu Yang Berhormat Datuk Hj Abdul Aziz menyeru pelajar-pelajar SMK Ayer Lanas mempunyai iltizam dan semangat juang yang tinggi dalam meraih kejayaan. Beiau mahukan pelajar sentiasa berfikiran positif dan memberi keutamaan kepada pendidikan.


"Jangan fikir kita tinggal di Ayer Lanas kita tidak boleh berjaya. Yang penting kita mempunyai kemahuan, semangat, dan cita-cita yang kental untuk berjaya", seru Yang Berhomat Datuk Hj Abdul Aziz kepada pelajar yang menghadiri majlis tersebut.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SMK Ayer Lanas, Ustaz Zahari Che Mahmood yang mengajak para pelajar merenung kembali perjuangan pemimpin lama di samping mengambil tanggungjawab mengisi kemerdekaan dengan menuntut ilmu dan berjaya dalam pelajaran.





Turut berucap dalam majlis berkenaan Pengetua SMK Ayer Lanas, En Arazmi Seman mengajak para pelajar untuk membuat tafsiran baru tentang penghayatan kemerdekaan. Perjuangan generasi pelajar hari ini berbeza dengan perjuangan pejuang kemerdekaan lalu. Yang penting adalah pelajar mengisi kemerdekaan ini dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan belajar. Kesungguhan belajar, semangat yang tinggi, serta tidak mudah berputus asa dalam meraih ilmu adalah pengorbanan generasi baru untuk mengisi kemerdekaan negara.

Perayaan Hari Kemerdekaan kali ini diisi dengan persembahan nasyid, koir, sketsa, deklamasi puisi, dikir barat dan nyanyian patriotik oleh pelajar-pelajar SMK Ayer Lanas.


Read More

Latihan Dalam Perkhidmatan : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

No comments : Posted by Unknown at 09:49 Labels: mesyuarat

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) kepada semua guru pada 10 September 2014 bermula jam 2.15 petang hingga 4.30 petang.

Matlamat program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada semua guru berkaitan dengan sistem penilaian baru yang akan diperkenalkan pada tahun 2015. Pengisian sistem ini bermula pada 3 September 2014 hingga 15 Disember 2014.

Guru-guru diberi taklimat berkaitan dengan instrumen penilaian serta modul yang terdapat dalam e-operasi. Taklimat disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tn Hj Ariffin Che Soh.

Dalam taklimat Pengetua En Arazmi b Seman, beliau menegaskan kepada keperluan guru untuk berdaya suai dengan keperluan pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Transformasi i PPPM 2013-2025 turut melibatkan transformasi penilaian guru  dalam hasrat melahirkan guru berkualiti dan kepimpinan yang efektif.

Guru-guru boleh membuat rujukan berkaitan dengan PBPPP ini dengan berkunjung ke laman berikut :PBPPP  Manual Pengguna




Read More

Monday, 8 September 2014

Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid

No comments : Posted by Unknown at 01:06 Labels: muat turun , PdP


Bersama-sama ini disertakan  Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid 
untuk dimuat turun bagi kegunaan guru-guru bagi setiap mata pelajaran


Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Tingkatan 1

Bahasa Melayu   - muat turun -
Bahasa Inggeris  -muat turun -
Sains                   - muat turun -
Geografi              - muat turun -
Matematik           - muat turun -
Pendidikan Islam - muat turun -
Sejarah                 - muat turun -
KH ERT              - muat turun -
KH KT                - muat turun -
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan  - muat turun -
Pendidikan Seni Visual  - muat turun -
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan  - muat turun -




 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Tingkatan 2

Bahasa Melayu   - muat turun - 
Bahasa Inggeris  - muat turun - 
Sains                   -  muat turun - 
Geografi              - muat turun -
Matematik           - muat turun -
Pendidikan Islam - muat turun - 
Sejarah                 -  muat turun - 
KH ERT              -  muat turun - 
KH KT                -  muat turun -
KH PK                 - muat turun -
KH Pertanian       - muat turun -
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan  - muat turun - 
Pendidikan Seni Visual  - muat turun -
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan  -  muat turun - 
Bahasa Arab  - muat turun -


Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Tingkatan 3

Bahasa Melayu   -  muat turun -
Bahasa Inggeris  -  muat turun -
Sains                   -  muat turun -
Geografi              - muat turun - 
Matematik           - muat turun - 
Pendidikan Islam - muat turun - 
Sejarah                 -  muat turun - 
KH ERT              -  muat turun - 
KH KT                -  muat turun -
KH PK                 - muat turun -
KH Pertanian       - muat turun - 
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan  - muat turun -
Pendidikan Seni Visual  -  muat turun -
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan  -  muat turun -
Bahasa Arab  - muat turun -
Read More

Sunday, 7 September 2014

Mesyuarat PBS Menengah Rendah

No comments : Posted by Unknown at 21:24 Labels: mesyuarat

Satu mesyuarat PBS Menengah Rendah akan diadakan sebagaimana keterangan berikut :
Tarikh : 9 September 2014
Masa   : 2.15 petang
Tempat : Makmal Komputer

Semua guru mata pelajaran bagi tingkatan 1, 2 dan 3 terlibat dalam mesyuarat ini.

Untuk makluman
Read More

smkalonlie

No comments : Posted by Unknown at 20:09 Labels: siaran
 Selamat Datang


Ini merupakan posting pertama smkalonline.
Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas

Semoga blog ini dapat membantu membina komunikasi yang lebih baik antara guru, murid, komuniti dan masyarakat yang lebih luas

Terima kasih


Read More
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts ( Atom )

Popular Posts

  • Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
    Bersama-sama ini disertakan  Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid  untuk dimuat turun bagi kegunaan guru-guru bagi setiap mata...
  • Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial
      Perasmian program oleh Ketua PPD Jeli Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial SMK Ayer Lanas telah dirasmikan pada 8 Februari 2...
  • 50 tahun smkal : 1965-2015
    SMK Ayer Lanas menyambut ulang tahun ke 50 pada tahun ini Semua Alumni SMK Ayer Lanas diperlukan untuk bersama merayakan  ...
  • Latihan Dalam Perkhidmatan : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (P...
  • Kita Perlu Berlari .... Berlari Lebih Kuat Lagi
    Dalam majlis perasmian penutupan Kursus  Kem Hala Tuju Ke Menara Gading anjuran Himsak Parlimen Jeli, Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa b...
  • Bantuan Persekolahan 2015 SMKAL
    Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada 800 orang ibu, bapa dan waris pe...
  • Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas 2014
    Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas, Jeli telah diadakan pada 11 September 2014.  Yang Berhormat  Datuk Hj Abdul Aziz Hj Derashid, ...
  • Laporan Tahunan 2013 PPPM
    Laporan Tahunan PPPM 2013 Sila dapatkan salinan melalui muat turun ini Untuk membaca secara online di bawah ini : Inisiatif PPPM Ca...
  • Perkampungan Ilmu : Bahasa Inggeris PT3
    Program Perkampungan Ilmu pada 12 September 2014 diisi dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris PT3. Syabas dan tahniah Panitia Bahasa ...
  • Headcount 2015
    tekan foto di atas untuk muat turun Perhatian semua guru SMK Ayer Lanas Sila download fail headcount 2015 untuk kegunaan semua guru...

Facebook page

Blog Archive

  • 2015 ( 8 )
    • February ( 5 )
    • January ( 3 )
  • 2014 ( 11 )
    • December ( 1 )
      • Setahun telah berlalu,,,
    • October ( 1 )
      • SMK Ayer Lanas tuan rumah SAINS On Wheel 2014
    • September ( 9 )
      • Laporan Tahunan 2013 PPPM
      • Modul Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Mengg...
      • Perkampungan Ilmu : Bahasa Inggeris PT3
      • Perkampungan Ilmu SMK Ayer Lanas
      • Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas 2014
      • Latihan Dalam Perkhidmatan : Penilaian Bersepadu P...
      • Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
      • Mesyuarat PBS Menengah Rendah
      • smkalonlie

Facebook

Smk Ayer Lanas Smkal

Create Your Badge
Powered by Blogger.

Contributors

Unknown
View my complete profile

Followers

A Proud Part of

A Proud Part of

Labels

  • mesyuarat
  • muat turun
  • PdP
  • peristiwa
  • puisi
  • siaran

Find us on Facebook

© smkalonline 2014 . Powered by Blogger templates and RWD Testing Tool