Friday 12 September 2014
Latihan Dalam Perkhidmatan : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) kepada semua guru pada 10 September 2014 bermula jam 2.15 petang hingga 4.30 petang.
Matlamat program ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada semua guru berkaitan dengan sistem penilaian baru yang akan diperkenalkan pada tahun 2015. Pengisian sistem ini bermula pada 3 September 2014 hingga 15 Disember 2014.
Guru-guru diberi taklimat berkaitan dengan instrumen penilaian serta modul yang terdapat dalam e-operasi. Taklimat disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tn Hj Ariffin Che Soh.
Dalam taklimat Pengetua En Arazmi b Seman, beliau menegaskan kepada keperluan guru untuk berdaya suai dengan keperluan pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Transformasi i PPPM 2013-2025 turut melibatkan transformasi penilaian guru dalam hasrat melahirkan guru berkualiti dan kepimpinan yang efektif.
Guru-guru boleh membuat rujukan berkaitan dengan PBPPP ini dengan berkunjung ke laman berikut :PBPPP Manual Pengguna
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment