Friday 30 January 2015
50 tahun smkal : 1965-2015
SMK Ayer Lanas menyambut ulang tahun ke 50 pada tahun ini
Semua Alumni SMK Ayer Lanas diperlukan untuk
bersama merayakan
PERAYAAN 50 TAHUN SMK AYER LANAS
selamat kembali ke smkal
putera dan puteri
yang jauh
Friday 16 January 2015
Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Dabong
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Guru, Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti SMKAL, guru-guru, kakitangan, serta Wanita UMNO Bahagian Jeli dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jeli telah mengadakan misi bantuan kemanusiaan ke Dabung.
Rombongan bantuan kemanusiaan ini terdiri daripada 30 orang pelajar pra universiti SMKAL, serta 20 orang mewakili Persatuan Ibubapa dan Guru, guru-guru SMK Ayer Lanas, penggerak masyarakat dan komuniti tempatan. Tujuan rombongan bantuan kemanusiaan ini adalah untuk membantu membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong yang dijangka dibuka pada Ahad depan.
Suasana di SMK Dabong amat mengharukan. Bangunan sekolah ini tenggelam sehingga ke aras satu sewaktu banjir melanda beberapa minggu lepas. Kebanyakan peralatan rosak termasuk komputer, buku-buku teks, kerusi dan meja murid, serta peralatan makmal sains.
Bantuan sentiasa tiba untuk membantu membersihkan kawasan sekolah terutama bilik darjah, makmal dan pejabat sekolah. Turut memberi sumbangan tenaga adalah dari pasukan tentera yang bertungkus lumus melakukan proses pembersihan. Selain itu rombongan misi kemanusiaan dari UiTM, UTM dan Sekolah Menengah Sains Jeli bersama bergotong-royong.
Semoga guru-guru, pelajar dan ibubapa sentiasa tabah menghadapi dugaan ini. Selamat kembali ke sekolah untuk semua guru dan pelajar.
Kami bersamamu dalam susah dalam payah.
Bantuan Persekolahan 2015 SMKAL
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada 800 orang ibu, bapa dan waris pelajar sekolah ini. Majlis tersebut diadakan pada 14 Januari 2015 dan disempurnakan perasmiannya oleh En Mohd Nasir b Mohd Nor, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Tn Hj Ab Kadir b Sulaiman, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli serta Ustaz Zahari b Che Mahmood, Yang Dipertua PIBG SMK Ayer Lanas.
Dalam majlis yang sama agihan beg persekolahan sumbangan Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Jeli, turut disempurnakan oleh En Mohd Nasir b Mohd Nor.
Dalam majlis yang sama agihan beg persekolahan sumbangan Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Jeli, turut disempurnakan oleh En Mohd Nasir b Mohd Nor.
sebahagian daripada para hadirin dalam majlis berkenaan
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)