Friday 16 January 2015
Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Dabong
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Guru, Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti SMKAL, guru-guru, kakitangan, serta Wanita UMNO Bahagian Jeli dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jeli telah mengadakan misi bantuan kemanusiaan ke Dabung.
Rombongan bantuan kemanusiaan ini terdiri daripada 30 orang pelajar pra universiti SMKAL, serta 20 orang mewakili Persatuan Ibubapa dan Guru, guru-guru SMK Ayer Lanas, penggerak masyarakat dan komuniti tempatan. Tujuan rombongan bantuan kemanusiaan ini adalah untuk membantu membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong yang dijangka dibuka pada Ahad depan.
Suasana di SMK Dabong amat mengharukan. Bangunan sekolah ini tenggelam sehingga ke aras satu sewaktu banjir melanda beberapa minggu lepas. Kebanyakan peralatan rosak termasuk komputer, buku-buku teks, kerusi dan meja murid, serta peralatan makmal sains.
Bantuan sentiasa tiba untuk membantu membersihkan kawasan sekolah terutama bilik darjah, makmal dan pejabat sekolah. Turut memberi sumbangan tenaga adalah dari pasukan tentera yang bertungkus lumus melakukan proses pembersihan. Selain itu rombongan misi kemanusiaan dari UiTM, UTM dan Sekolah Menengah Sains Jeli bersama bergotong-royong.
Semoga guru-guru, pelajar dan ibubapa sentiasa tabah menghadapi dugaan ini. Selamat kembali ke sekolah untuk semua guru dan pelajar.
Kami bersamamu dalam susah dalam payah.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment