smkalonline

smk ayer lanas | smkalonline@gmail.com

  • Home
  • Muat Turun
  • Mesyuarat
  • Siaran
  • PdP
  • Pilihan

Friday, 30 January 2015

50 tahun smkal : 1965-2015

1 comment : Posted by Unknown at 21:10 Labels: peristiwa



SMK Ayer Lanas menyambut ulang tahun ke 50 pada tahun ini
Semua Alumni SMK Ayer Lanas diperlukan untuk
bersama merayakan 
PERAYAAN 50 TAHUN SMK AYER LANAS

selamat kembali ke smkal
putera dan puteri
yang  jauh


Read More

Friday, 16 January 2015

Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Dabong

No comments : Posted by Unknown at 22:51 Labels: peristiwa

 Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Guru, Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti SMKAL, guru-guru, kakitangan, serta Wanita UMNO Bahagian Jeli dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jeli telah mengadakan misi bantuan kemanusiaan ke Dabung.

Rombongan bantuan kemanusiaan ini terdiri daripada 30 orang pelajar pra universiti SMKAL, serta 20 orang mewakili Persatuan Ibubapa dan Guru, guru-guru SMK Ayer Lanas, penggerak masyarakat dan komuniti tempatan. Tujuan rombongan bantuan kemanusiaan ini adalah untuk  membantu membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong yang dijangka dibuka pada  Ahad depan.

Suasana di SMK Dabong amat mengharukan. Bangunan sekolah ini tenggelam sehingga ke aras satu sewaktu banjir melanda beberapa minggu lepas. Kebanyakan peralatan rosak termasuk komputer, buku-buku teks, kerusi dan meja murid, serta peralatan makmal sains.



Bantuan sentiasa tiba untuk membantu membersihkan kawasan sekolah terutama bilik darjah, makmal dan pejabat sekolah. Turut memberi sumbangan tenaga adalah dari pasukan tentera yang bertungkus lumus melakukan proses pembersihan. Selain itu rombongan misi kemanusiaan dari UiTM, UTM dan Sekolah Menengah Sains Jeli bersama bergotong-royong.


 Semoga guru-guru, pelajar dan ibubapa sentiasa tabah menghadapi dugaan ini. Selamat kembali ke sekolah untuk semua guru dan pelajar.

Kami bersamamu dalam susah dalam payah.




Read More

Bantuan Persekolahan 2015 SMKAL

No comments : Posted by Unknown at 01:30 Labels: peristiwa

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada 800 orang ibu, bapa dan waris pelajar sekolah ini. Majlis tersebut diadakan pada 14 Januari 2015 dan disempurnakan perasmiannya oleh  En Mohd Nasir b Mohd Nor, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Tn Hj Ab Kadir b Sulaiman, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli serta Ustaz Zahari b Che Mahmood, Yang Dipertua PIBG SMK Ayer Lanas.

Dalam majlis yang sama agihan beg persekolahan sumbangan Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa Mohamed,  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Jeli, turut disempurnakan oleh En Mohd Nasir b Mohd Nor.


sebahagian daripada para hadirin dalam majlis berkenaan
Read More
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts ( Atom )

Popular Posts

  • Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
    Bersama-sama ini disertakan  Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid  untuk dimuat turun bagi kegunaan guru-guru bagi setiap mata...
  • Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial
      Perasmian program oleh Ketua PPD Jeli Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial SMK Ayer Lanas telah dirasmikan pada 8 Februari 2...
  • 50 tahun smkal : 1965-2015
    SMK Ayer Lanas menyambut ulang tahun ke 50 pada tahun ini Semua Alumni SMK Ayer Lanas diperlukan untuk bersama merayakan  ...
  • Latihan Dalam Perkhidmatan : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (P...
  • Kita Perlu Berlari .... Berlari Lebih Kuat Lagi
    Dalam majlis perasmian penutupan Kursus  Kem Hala Tuju Ke Menara Gading anjuran Himsak Parlimen Jeli, Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa b...
  • Bantuan Persekolahan 2015 SMKAL
    Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada 800 orang ibu, bapa dan waris pe...
  • Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas 2014
    Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas, Jeli telah diadakan pada 11 September 2014.  Yang Berhormat  Datuk Hj Abdul Aziz Hj Derashid, ...
  • Laporan Tahunan 2013 PPPM
    Laporan Tahunan PPPM 2013 Sila dapatkan salinan melalui muat turun ini Untuk membaca secara online di bawah ini : Inisiatif PPPM Ca...
  • Perkampungan Ilmu : Bahasa Inggeris PT3
    Program Perkampungan Ilmu pada 12 September 2014 diisi dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris PT3. Syabas dan tahniah Panitia Bahasa ...
  • Headcount 2015
    tekan foto di atas untuk muat turun Perhatian semua guru SMK Ayer Lanas Sila download fail headcount 2015 untuk kegunaan semua guru...

Facebook page

Blog Archive

  • 2015 ( 8 )
    • February ( 5 )
    • January ( 3 )
      • 50 tahun smkal : 1965-2015
      • Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Dabong
      • Bantuan Persekolahan 2015 SMKAL
  • 2014 ( 11 )
    • December ( 1 )
    • October ( 1 )
    • September ( 9 )

Facebook

Smk Ayer Lanas Smkal

Create Your Badge
Powered by Blogger.

Contributors

Unknown
View my complete profile

Followers

A Proud Part of

A Proud Part of

Labels

  • mesyuarat
  • muat turun
  • PdP
  • peristiwa
  • puisi
  • siaran

Find us on Facebook

© smkalonline 2014 . Powered by Blogger templates and RWD Testing Tool