smkalonline

smk ayer lanas | smkalonline@gmail.com

  • Home
  • Muat Turun
  • Mesyuarat
  • Siaran
  • PdP
  • Pilihan

Thursday, 19 February 2015

aku ingin kau berlari

No comments : Posted by Unknown at 14:16 Labels: puisi


aku ingin kau berlari
-buat putera puteri smkal

aku ingin kau berlari
mengejar taburan bintang impian
membuang gelap dan kelam membalut
sepantas mana kakimu mampu kaugerakkan
berlarilah dengan segala kekuatanmu
dengam segala rumpun semangat dan jalur hasrat
tanggalkan segenap selubung ketewasan di sini
tinggalkan semua pilu dan ragu di atas butiran pasir itu
lepaskan semua itu
sinar telah datang mengemudi harapmu
lenyapkanlah kenang pada suram lalu
aku ingin kau berlari
bebaskan dirimu dari renda kegagalan
aku ingin kau berlari
merebut bahagia merebut kemanisan
yang terbentang di langit jauh
biarlah berada dalam genggammu
dan di situ kau akan ukir senyuman
mengindahkan wajahmu
bagai cerah pagi
kerana begitulah perjuangan
kau harus memiliki
segenap yang terukir
dalam imbau mimpi
aku ingin kau berlari
semakin kau menjamah kemenangan
semakin kau pergi
dari tatapku
biarkanlah begitu
kerana aku selalu berdoa
untuk kejayaan itu



Read More

Headcount 2015

No comments : Posted by Unknown at 13:03 Labels: muat turun

https://drive.google.com/file/d/0B3UyHe3qxog6NUdZZkxjZmE2Qlk/view?usp=sharing
tekan foto di atas untuk muat turun

Perhatian semua guru SMK Ayer Lanas

Sila download fail headcount 2015 untuk kegunaan semua guru mata pelajaran dan panitia

Fail ini digunakan untuk tujuan pelataan headcount untuk semua mata pelajaran dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 bagi semua mata pelajaran

terima kasih.
Read More

Kita Perlu Berlari .... Berlari Lebih Kuat Lagi

No comments : Posted by Unknown at 12:24 Labels: peristiwa

Dalam majlis perasmian penutupan Kursus  Kem Hala Tuju Ke Menara Gading anjuran Himsak Parlimen Jeli, Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa b Mohamed telah menyampaikan pesan berguna untuk seluruh warga SMK Ayer Lanas.

Dalam ucapan di majlis berkenaan yang diadakan pada 7 Februari 2015 di surau sekolah, YB Datuk Seri Mustapa berpesan. "SMK Ayer Lana harus berlari. Berlari lebih kuat dari orang lain untuk mencapai kejayaan yang lebih besar".

Program Kem tersebut disertai seramai 92 orang pelajar tingkatan enam SMK Ayer Lanas dari 5 hingga 7 Februari 2015.

 Datuk Seri Mustapa menyampaikan amanat


Dalam majlis yang sama Datuk Seri Mustapa juga berpesan agar pelajar-pelajar pra-univerisiti sentiasa mengambil peluang untuk memajukan diri sendiri dalam pelbagai bidang terutama dalam kemahiran berhujah dan menyampaikan fakta. Kematangan pelajar dapat dilihat dari kemampuan dan kebolehan menyampaikan hujah dengan fakta yang benar dan tepat. Melalui program debat dan syarahan pelajar dapat menambah kemahiran diri sendiri dari aspek keyakinan diri, kematangan berhujah, serta perluasan ilmu pengetahuan.


YB Datuk Seri Mustapa turut menambah setiap orang mempunyai tanggungjawab menunaikan amanah. Bagi para pelajar amanah besar adalah untuk belajar dan mencapai kejayaan. Amanah belajar ini perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran oleh semua pelajar SMK Ayer Lanas.


Sebelum perasmian majlis ini YB Datuk Seri Mustapa mengimamkan solat zohor berjemaah bersama-sama peserta kem, guru-guru dan fasilitator.
Read More

Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial

No comments : Posted by Unknown at 09:05 Labels: peristiwa
 Perasmian program oleh Ketua PPD Jeli


Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial SMK Ayer Lanas telah dirasmikan pada 8 Februari 2015 oleh Tn Hj Ab Kadir b Sulaiman, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli. 

Program Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial ini diadakan bertujuan untuk mengadakan aktiviti berkaitan dengan bidang sains matematik dan sains sosial dalam usaha memupuk minat murid terhadap subjek berkaitan. Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran sains, kuiz, senamrobik, menderma darah, pertandingan hafazan, dan syarahan agama dan lain-lain.

Aktiviti di bawah program ini berlangsung sehingga 12 Februari 2015 dan dirasmikan penutupannya oleh En Arazmi b Seman, Pengetua SMK Ayer Lanas

Aktiviti menderma darah

Aktiviti sains

senamrobik

Read More

Sunday, 1 February 2015

YB Datuk Hj Mustapa Mohamed Di Perhimpunan Pagi SMK Ayer Lanas

1 comment : Posted by Unknown at 20:44 Labels: peristiwa



Pagi 1 Februari 2015 merupakan pagi istimewa kepada seluruh warga SMK Ayer Lanas. Perhimpunan sekolah pada pagi ini dihadiri oleh seorang tetamu yang amat istimewa iaitu YB Datuk Hj Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jeli.

Ketibaan YB Datuk Hj Mustapa disambut oleh kepimpinan sekolah, guru-guru serta putera dan puteri SMK Ayer Lanas. Selain dari berucap dalam majlis perhimpunan sekolah YB Datuk Hj Mustapa juga melawat di sekitar sekolah dan bersarapan pagi di kantin sekolah.






Berucap dalam majlis perhimpunan pagi tersebut, YB Datuk Hj Mustapa menyeru guru dan pelajar untuk terus berusaha meningkatkan pencapaian SMK Ayer Lanas. Beliau menyeru para pelajar untuk menjadi pelajar yang berjaya dan cemerang kerana mereka merupakan pemimpin pada masa hadapan.

Dalam ucapan yang sama beliau mengucapkan tahniah kepada sekolah yang akan menyambut ulang tahun ke 50 pada tahun ini.  Menurut beliau SMK Ayer Lanas merupakan sekolah tertua di daerah Jeli dan telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya.



Antara tokoh akademik yang berjaya adalah Prof Abdul Hamid yang merupakan alumni SMK Ayer Lanas. Kejayaan yang dicapai oleh Prof Abdul Hamid merupakan teladan terbaik kepada semua pelajar SMK Ayer Lanas untuk berjaya. 


Dalam ucapan alu-aluan Pengetua, En Arazmi b Seman merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Hj Mustapa yang sudi bersama-sama guru dan pelajar dalam majlis perhimpunan sekolah. Menurut pengetua kehadiran ini besar maknanya kepada guru dan pelajar yang pastinya dapat menjadi perangsang dan motivasi ke arah kejayaan sekolah. 

YB Datuk Hj Mustapa Mohamed turut meninjau  surau sekolah yang memerlukan baik pulih segera.


Terima kasih kepada YB Datuk Hj Mustapa di ata kesudian sepagi di SMK Ayer Lanas
Read More
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts ( Atom )

Popular Posts

  • Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
    Bersama-sama ini disertakan  Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid  untuk dimuat turun bagi kegunaan guru-guru bagi setiap mata...
  • Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial
      Perasmian program oleh Ketua PPD Jeli Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial SMK Ayer Lanas telah dirasmikan pada 8 Februari 2...
  • 50 tahun smkal : 1965-2015
    SMK Ayer Lanas menyambut ulang tahun ke 50 pada tahun ini Semua Alumni SMK Ayer Lanas diperlukan untuk bersama merayakan  ...
  • Latihan Dalam Perkhidmatan : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
    Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (P...
  • Kita Perlu Berlari .... Berlari Lebih Kuat Lagi
    Dalam majlis perasmian penutupan Kursus  Kem Hala Tuju Ke Menara Gading anjuran Himsak Parlimen Jeli, Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa b...
  • Bantuan Persekolahan 2015 SMKAL
    Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada 800 orang ibu, bapa dan waris pe...
  • Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas 2014
    Perayaan Hari Kemerdekaan SMK Ayer Lanas, Jeli telah diadakan pada 11 September 2014.  Yang Berhormat  Datuk Hj Abdul Aziz Hj Derashid, ...
  • Laporan Tahunan 2013 PPPM
    Laporan Tahunan PPPM 2013 Sila dapatkan salinan melalui muat turun ini Untuk membaca secara online di bawah ini : Inisiatif PPPM Ca...
  • Perkampungan Ilmu : Bahasa Inggeris PT3
    Program Perkampungan Ilmu pada 12 September 2014 diisi dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris PT3. Syabas dan tahniah Panitia Bahasa ...
  • Headcount 2015
    tekan foto di atas untuk muat turun Perhatian semua guru SMK Ayer Lanas Sila download fail headcount 2015 untuk kegunaan semua guru...

Facebook page

Blog Archive

  • 2015 ( 8 )
    • February ( 5 )
      • aku ingin kau berlari
      • Headcount 2015
      • Kita Perlu Berlari .... Berlari Lebih Kuat Lagi
      • Minggu Sains Matematik dan Sains Sosial
      • YB Datuk Hj Mustapa Mohamed Di Perhimpunan Pagi SM...
    • January ( 3 )
  • 2014 ( 11 )
    • December ( 1 )
    • October ( 1 )
    • September ( 9 )

Facebook

Smk Ayer Lanas Smkal

Create Your Badge
Powered by Blogger.

Contributors

Unknown
View my complete profile

Followers

A Proud Part of

A Proud Part of

Labels

  • mesyuarat
  • muat turun
  • PdP
  • peristiwa
  • puisi
  • siaran

Find us on Facebook

© smkalonline 2014 . Powered by Blogger templates and RWD Testing Tool