About
SMK Ayer Lanas
Mulai tahun 1968, Sekolah Menengah Rendah Ayer Lanas telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Ayer Lanas. Dari mula ditubuhkan pada tahun 1965 hingga tarikh 13.3.1969, sekolah ini hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas dan waktu persekolahannya hanya di jalankan pada sebelah petang. Manakala bilangan kelas, murid dan gurunya pula seperti berikut:- Bilangan kelas - 3 buah Bilangan murid - 60 lelaki dan 30 perempuan Bilangan guru - 4 orang guru Sekolah ini mula mendapat bangunan baru pada tarikh 13.3.1969. Bangunan ini terdiri daripada: 9 buah bilik darjah. 1 buah Makmal Sains 1 buah Pejabat Am 1 buah Perpustakaan Tandas untuk guru lelaki dan perempuan Tandas untuk pelajar lelaki dan perempuan
Di samping itu, kemudahan bekalan air paip dan pagar untuk kawasan sekolah juga disediakan, tetapi bekalan eletrik tiada sehingga tahun 1983. Pada tahun 1967, sekolah yang baru dibuka ini telah mencipta satu sejarah yang tidak mungkin dilupakan iaitu menjadi kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan SRP dan telah mencatat peratus kelulusan yang terbaik dari seluruh negeri Kelantan iaitu 62.7%. Kemudian kumpulan pertama ini meneruskan ke peringkat SPM juga mendapat keputusan yang terbaik seluruh Kelantan, 68.6% (1969).
Pada tarikh 14 Julai 1975, satu blok bangunan baru telah dibina beserta dengan bengkel seni perusahaan. Seterusnya blok-blok bangunan tambahan telah dibina sebagaimana berikut: 1985 - 1 blok kelas dan 2 blok asrama 1986 - 1 blok 1992 - 2 blok 1993 - 1 blok 2003 - 1 Dewan Besar, 1 Makmal Komputer dan 1 Makmal Sains
Oleh kerana kedudukan sekolah ini adalah strategik, sekolah ini telah menjadi pusat pendidikan yang popular kepada masyarakat di Jeli. Antara sekolah yang menjadi saluran ke sekolah ini ialah SK. Ayer Lanas, SK. Legeh, SK. Ayer Chanal, SK. Nik Daud, SK. Gemang, SMK. Jeli, SMK. Kuala Balah, SMK. Batu Melintang dan SMK. Bukit Bunga.
SMK Ayer Lanas juga telah diambil menjadi anak angkat Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi serta Telekom Malaysia Bhd pada 20 Jun 2004 dan dirasmikan oleh Dato' Mustapha Mohamad iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment